Showing posts with label June. Show all posts
Showing posts with label June. Show all posts

Jun 28, 2012

Yeayyy!! Dah sampai

Pepagi datang office, dapat call from Gdex.
Budak Gdex tanya ada kat office tak harinie sebab dia nak hantar barang from Sony.
Mesti la adakan...
Happy nyaa...
Ce teka apa dalam nie?
Tak boleh bukak sekarang sebab kerja under jajahan Sony.
Nanti kat rumah baru boleh bukak.
Kang kata saya curi barang Sony plak...
Tunggu okay....

Jun 26, 2012

Swiss Inn Sg Petani

Pizza Hawaiian yang sangat sedap.
Husband makan tak cukup.
Siap kata nak order lagi.
Rania tak boleh duduk diam sebab dah nampak swimming pool.
gelabah je nak terjun...
Rania gelisah sebab tak sabar nak mandi.

Redeem Bonuslink Point


Redeem Bonuslink point dapat la RM50 Parkson Voucher...

Voucher ni beli mainan untuk Rania...

Jun 21, 2012

Hadiah Birthday

Terima kasih untuk Incik Suami sebab belikan rantai nie untuk birthday yang ke 28..
Dah tua ok...
Suka sangat dapat rantai nie...

Jun 20, 2012

Dapat Surat Cinta

Today, me memang bad mood gila.
Nak tahu cita tak kenapa?
U olls kalau kat office mesti dapat email best2 ke, lawak ke, atau sumbangan ke kan?
Mesti pernah dapat kan?


Sama juga la macam saya.
Saya dapat one email regarding sumbangan untuk one baby yang ada sakit ALCAPA.
Baby nie memerlukan wang untuk pembedahan.
Email baby nie saya dapat dari officemates.


Atas kata sepakat, bdk2 office nak collect wit untuk bagi sumbangan la kan kat baby cute nie…
Saya beri la sedikit sumbangan…


Saya juga forwardkan email tue pada husband and my dad. Mana lah tau kalau diorang pun nak membantu kan.


Tanpa di duga, HR panggil dan member surat cinta kata yang saya dan kawan2 telah misused email office.
Then adalah org tue siap cakap “Kalau tak kenal orang tue, tak payah tolong”??
U olls setuju x?


Means kalau kita jumpa pengemis kat tepi jalan, kita tak payah tolong sebab kita tak kenal??
Boleh ke macam nie??

Jun 18, 2012

Sausage Mc Muffin with Egg Coupon from MCD

Hi kawan-kawan....
Ada cite best!!
MCD Kasi breakfast coupon...
Hari-hari kita breakfast MCD (18-24 June)

Siapa nak coupon nie?? Klik link kat bawah.

Sorang boleh redeem 4 Sausage Mc Muffin with Egg.
Oklah kan... Kenyang kot. Lepas makan terussambung tidur...
Boleh jadi tembamsss!!

Harga asal RM4.90 tau.. Now jadi RM2.50 JER OK...
Apa lagi!! Minggu nie tibai MCD ler...

Jun 14, 2012

Triumph Warehouse Sales


Summary: Triumph is having its Warehouse Sale now. Products that offered are bra , lingerie , panties and many more. It’s starts from 10am to 9pm. Please go and check it out now.

Company: Triumph Malaysia

Date: from 26th June 2012 to 1st July 2012

Venue: Main Atrium , Lower Ground , SStwo Mall , Petaling Jaya , Selangor

Jun 12, 2012

Shopping Barang Cleaning


Ini adalah antara barang-barang yang saya shopping kat Tesci Nilai.
Target: Barang-barang mencuci rumah

Nak tahu kenapa saya berniat nak beli barang-barang cleaning nie?
Sebab Khamis nie akan ada orang datang cuci rumah saya di Kuarters KLIA.

Saya terjumpa iklan kat peti surat 'Cleaning Service'
Disebabkan faktor-faktor saya amat busy di hujung minggu.
Saya pun berminat la dengan service cleaning nie.

Tak sabar nak tunggu hari Khamis.
Mesti rumah ku bersih dan berbau harum dengan Dettol - Lavender.

Dapat Birthday Card from Optix World

Alhamdulillah.
Terima Kasih kepada Optix World Metropoint, Kajang.
Tak sangka diorang ingat kat customer diorang.
Service diorang pun ok.
Harga memang murah...
Saya masih ingat lagi, saya beli spec brand BONIA. Harga RM270 daripada harga asal RM420.

Husband plak beli sunglasess haga RM399 daripada harga asal RM699.

Murah kan?


Voucher RM50. Ingat nak ambil sunglasess sebijik.
Dalam proses pujuk incik suami.



Ini antara cawangan Optix World.

Jun 8, 2012

Dinner @ Swiss In Sg Petani


Kejadian hari Jumaat 1st June. hehehe...
Kami makan di Swiss Inn Sg Petani sebab malas nak keluar hotel.
Lagi pun kami kepenatan sebab perjalanan sangat jauh.
Kami stay kat Swiss Inn Sd Petani selama 3 hari 2 malam.
Hotel condition selesa. Tapi yang tak best nya swimming pool sini terlalu ramai orang sebab ada ramai orang luar stay kat hotel nie.

~Kami~


Fresh Orange and Ice Lemon Tea
Fresh Orange nie saya punya. Sedap rasa. Cukup masam and manis nya. Ice Lemon Tea, incik suami punya. Adik ipar saya minum ais kosong jer.
Abah and Rania
 Rania manja dengan abahnya sejak akhir-akhir nie.
Mee Goreng Mamak
 Mee Goreng Mamak order 2. Untuk saya and adik ipar.

Mushroom Soup
  Mushroom soup kepunyaan Rania.

Chicken Chop
  Chicken Chop kepunyaan incik suami

Garlic Bread
  Garlic bread makan ramai-ramai..

Banana Split
  Banana Split nie sedap....

Tengok mulut anak dara
 Alolololo... Anak dara nie nya mulut... cubit kang...

#1 - Bawal Tiga Rasa


Semalam dah rasmikan buku 1 Hari 1 Resepi dari Chef Hanieliza.

Balik kerja semalam berkobar-kobar nak balik rumah nak masak Ikan Bawal Tiga Rasa ni.
Husband saya sangat baik hati sebab belikan buku nie. Saya dah lama mencari buku 1 Hari 1 Resepi nie sebab semua resepi dalam buku 1 Hari 1 Resepi sangat simple.

Sesuai dengan orang yang baru terbuka hati nak belajar masak.

Resepi dari buku 1 Hari 1 Resepi
 Ini cubaan pertama bersama adik ipar saya - Yasmin -

Ikan Bawal Tiga Rasa
Ada cerita tau time cuba masak resepi nie. Salah satu bahan kena ada sos tomato. Tapi saya lupa beli.
Yang jadi mangsa, sos tomato dalam sachet MCD. Nasib baik sos tomato tue saya tak buang. Simpan jer untuk masa hadapan.. hehehe... cut cost katakan...

Amacam?? Nampak sodap tak? Ini baru cobaan pertama... Ikan nie memang ngam-ngam 3 ekor.. Untuk saya, husband and adik ipar.. Semua puas hati. Kata sedap... hehehe... Pandai tak kami try??