Sep 17, 2007

Conflakes Madu

Cornflakes Madu
1/4 cawan mentega
1/4 cawan madu
1 sudu makan gula
4 cawan cornflakes

Cara-cara
Mentega, madu dan gula dimasukkan ke dalam periuk. Masak dengan api yg
kecil, kacau sehingga mentega cair. Cornflakes dimasukkan ke
dalam mangkuk. Tuangkan bancuhan mentega dan madu tadi kedalam mangkuk
yg berisi cornflakes tadi. Gaul rata dan masukkan dlm cawan
kertas menggunakan sudu makan, kemudian susun dalam loyang dan bakar
selama lebih kurang 10 minit.

Resepi Cornflakes Choco

Tahun nih wat kuih nih.... Simple sgt.

Cornflakes Choco


  • 100gm cornflakes
  • 150gm coklat masakan (guna coklat yg takde brand, boleh dapat di kedai pemborong brg kuih)
  • 1 sudu minyak jagung (sebagai pengilat coklat)
  • sedikit badam hancur untuk hiasan
  • paper cup

Cara-cara


  1. masak coklat guna teknik double boil
  2. bila dah hampir cair, masukkan minyak jagung
  3. kacau sebati dan biar coklat benar2 cair
  4. ramas cornflakes, jangan terlalu hancur
  5. campurkan ke dalam coklat yg dah dicairkan tadi
  6. gaul sebati dan isi dalam paper cup (kena cepat coz coklat akan cepat mengeras)
  7. tabur badam halus
  8. biar seketika sehingga coklat sudah mengeras.. dan siap..