Oct 28, 2015

HONDA SAFETY DRIVING COURSE FOR FEMALE DRIVERS 2015

Last weekend join HONDA SAFETY DRIVING COURSE FOR FEMALE DRIVERS 2015 dari Honda Malaysia. Actually course ni ada 2 date 24/10/2015 and 25/10/2015.
Memang sengaja pilih Sabtu 24/10/2015 sebab husband boleh tolong jaga then ahad boleh relax kat rumah sebab nak gosok baju kerja dengan baju sekolah Rania lagi kan. Tempat course ni kat MAEPS je pun, memang dekat je la kan. Event dari 8.45am sampai 3.30pm.
 
Awal jam 7.30 pagi Ain dah sampai rumah sebab ajak dia join sekali. Since Honda Malaysia benarkan asal kan mesti FEMALE kan. Dah nama course pun Female Drivers kan kan....
 
Sampai dewan A MAEPS dalam pukul 8.30am, then register bagai chop seat then ada breakfast buffet lagi. Aku jamah nasi lemak sebab lapo.
 
Dalam 9.00 pagi gitu, start Theory Session.
Belajar tentang cara pemanduan yang betul. Jarak antara kereta kita dengan kereta hadapan ada 2; iaitu :-
 
 
1) Peraturan 2 saat - Apabila memandu di belakang sesebuah kenderaan, pemandu di syorkan berada 2 saat di belakang kereta depan. Ini di anggap jarak yang paling selamat. Dua saat, mengikut kajian pakar-pakar, memadai bagi mengelak dan berhenti di belakang kereta depan dalam satu-satu situasi kecemasan.
 
2) Peraturan 4 saat - Semasa wakti hari hujan, keadaan jalan basah serta licin. Tidak sesuai lagi di amal peraturan 2 saat lagi. Dalam keadaan sedemikian, pemandu-pemandu di nasihatkan menggunakan kaedah “Peraturan 4 saat”, iaitu 2 kali ganda peraturan 2 saat tadi.
 
Apa yang di ertikan adalah, gandakanlah jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan. Ini akan mengelakkan perlanggaran atau akibatkan anda menyondol belakang kereta depan.
Ingat bahawa melanggar kereta depan, merupakan suatu kesalahan traffik.

Lepas Theory Session, ada practical session 1. kena belajar tentang apa yang ada kat but depan dan cara tukar tayar.



Nad tengah tukar tayar. Berpeluh ketiak tau
Time ni ada 4 group, aku dapat group 2. So satu kereta ada la dalam 8 orang macam tu...
 
Lpas practical session. Ada plak session bergambar. Part ni memang best giler kot sebab semua sangat sporting. Tak kira umur semua perangai jenis kecoh. Mana tak happening kan...
 
Honda Malaysia memang best!
 
Lepas bergambar sakan, makan untuk lunch pulak. Semua Honda Malaysia support. Serius best giler kan?
 
Dah kenyang? lepas ni jangan nak terkeluar balik tau makanan tu sebab lepas ni permainan sangat adventure.
 
Session seterusnya, Practical Session II. Part ni memang mula-mula tu kecut perut gak. Last2 semua tak cukup, siap minta instructor ulang balik. Test pertama, drive kereta, buat zigzag ikut kon. yang kedua belajar break emergency dengan lane yang diorang letak air plus sabun. Licin giler ok.
 
Dah buat 2 test ni rasa mcm nak muntah tapi tak muntah pun. Ynag penting banyak syokkk.