Nov 6, 2013

Ahli keluarga baru saya

Hi!!!
Ini namanya Sugar Glider.
Cit-cit nama diberi... :)
Dah hamper 6 bulan cit-cit dah stay dengan kami...
sangat kuat makan... dan sangat aktif..
Buat peneman Rania...
Rania saying tau dengan citcit...


Tambah lagi collection perfume

New perfume in da house..
Order perfume dari Kak Ina.... Serius sangat murah dah semua perfume yang dia jual adalah original tau..
Dah jatuh cinta dengan bau perfume CHLOE tu... Best giler...
Sesiana yang nak beli boleh la pergi ke FB beliau - Azlna Perfume or Instagram - AZLINAPERFUME

lacoste perfume
New perfume collection

Nov 3, 2013

Padini Concept Stores tengah sale



Yahoo!!! Padini tengah sales!!! Memang time yg terbaik... Cuti Deepavali sampai hari selasa.. So leh la habis kan duit gaji...hahahahaha

Anak mama pandai makan durian

Mama nye teringin makan durian. Kebetulan hari sabtu ada pasar malam kat area rumah. Ajak incik suami gi beli sebijik durian. Kata tukang jual durian tu, durian IOI ni gerenti sedap. Harga RM15 sekilo... Amik sebiji kena RM33... Incik suami layan kn aje bini dia nie... Sampai rumah minta incik suami bukakan durian. Rania plak excited makan durian... Memang sedapla durian IOI nie...

Luncheon at Laman Grill

Last friday lunch dgn officemate kat Laman Grill. Sedap jugak... layanan pun ok. Harga tak mahal sangat pun... boleh datang lagi next time...


Jul 17, 2013

Macaroni Goreng

Kongsi resepi dari www.resepimudah.com


Jun 10, 2013

The World Votes - AIRism

Saya berpeluang untuk mencuba produk baru dari Uniqlo - AIRism

Sample code dihantar melalui phone jer. So bila depan kaunter kena buka sample code tu kat depan staff Uniqlo. Then bila dah di approve oleh staff UNIQLO, boleh la pergi pilih baju AIRism yang mana uolls nak.... nak pattern camisole or tshirt....

Saya amik pattern camisole color dark blue plain...

Saya nak kongsi material kain AIRism nie sangat la comfort. Sesuai untuk Negara kita yang panas nie... Serius kalau tak percaya pergi la terjah UNIQLO skang.

Tak pernah lagi jumpa jenis kain nie kat kedai-kedai lain... Nie first time tgk ada kat UNIQLO.. harga plak paling rendag RM39.90. Paling mahal RM79.90....

Lepas nie nak terjah lagi UNIQLO, nak amik design yg cute miut tue....

Anyway, thanks to UNIQLO yg beri saya peluang untuk mencuba produk AIRism....




Jun 6, 2013

Teduhan Kasih

Sekarang nie demam tengok citer Teduhan Kasih kat TV3 jam 7ptg-8mlm.

Punya la cari novel nie tak jumpa.. Pergi MPH Alamanda tak jumpa, pergi MPH AEON Seremban 2 tak jumpa. Lastly beli online je kat KaryaSeni...

Sekarang Karya Seni buat promotion. Diskaun RM3 dan free postage...

Sinopsis citer nie;

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Tak sabar nak baca novel Teduhan Kasih tue sampai...

May 29, 2013

Ho Chi Minh Again

Salam semua... dah lama saya tak blog kesayangan nie... rindu rasanya nak menaip... hihi...
Ok kali nie nak cerita perkembangan terbaru dari owner cahayahana BlogSpot.

Bulan depan ; June, saya akan bershopping ke Vietam buat kali kedua. Sangat teruja sebab first time pergi best giler.... Disebabkan had luggage 20kg sangat la limited yer nak beli barang-barang yang sememangnya menjadi kegilaan seorang perempuan....

Kali nie saya tak bawa my princess and husband... Hubby akan take care Rania buat semenatara waktu... Nanti mama baik dari Vietnam, mama gomol Rania cukup-cukup kan???

Tiap malam saya akan buat research pasal HCMC terutama skali Taxi, hotel, tempat shopping, halal food dan mata wang...

Ada tak kawan-kawan yang boleh share skali tips-tips pasal trip to Vietnam?

Buat masa nie, saya baru settle tiket flight and hotel... Any update saya akan inform dalam blog ya!

Ok good nite frensss...

May 22, 2013

May 6, 2013

Manisss

Semanis mangga manis lagi mulut penghasut dan pengedar cerita fitnah... Hidup kita seperti roda. Kadang kala kita di atas, kadangkala kita di bawah... Hidup mu bukan sentiasa terletak diatas.... Segala fitnah yg kau hebahkan, ku telan jua...

Tuhan saja yg tahu hati ku yg gundah gulana

** ini tidak ada kena mengena dengan politik**

May 5, 2013

Malaysia Election Day 2013

Selamat Mengundi buat rakyat Malaysia...

Saya sudah menunaikan kewajiban sebgi rakyat Malaysia. anda semua bagaimana?





Apr 28, 2013

Tesco Promotion Drypers

Pagi tadi ternampak FB Tesco Malaysia post ada promotion.. Drypers harga utk satu pack RM30.99... Terus ajak adik gi beli jap. nasib dekat jer dgn rumah mak. Tapi umat mmg lerr ramai... Al maklum ler semua dah bergaji... Nak beratur bayar pun kena sabar... Promotions anya untuk hari ni sajer tau. Setiap pack dpt gift. Glow in the dark with two design.. satu egg shape satu lagi star.... cantikkk.... suka Rania...





Apr 25, 2013

MCD - Hello Kitty collection



Boss ku yang baik hati





Sangat excited bila dpt tahu kami satu size... Terima kasih boss... Hadiah sebagai pindah masuk ke Account Dept...

Fullmoon - Ayamas











Terima kadih my colleagues bagi Ayamas full moon...

Apr 23, 2013

Day 2 - Jeju Folk Village Museum





 
Antara rumah tradisional yang terdapat disini.




Address: 40-1 Pyoseon-ri, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Chocolate Almond Crunchies

Saya jumpa resepi nie kat FB. saja share kat sini sebab boleh refer. kat Fb sekejap je boleh tgk. lepas tue dah hilang.... sebab rai user Fb rajin update status kan...


220gm butter
160gm brown sugar
220gm cake flour
240gm rolled oat
1tbsp baking powder
100gm choc chip
80gm chopped almond

melt butter & brown sugar dlm periuk direct atas api.

campurkan semua dry ingredients. bila butter & brown sugar dah melted tuang ke dlm dry ingredients. kacau pakai senduk ya. coz panas.

pas tu bulat2 kan n bakar. temparature 150c and 30minutes.

tips utk kukis ni. nila biar lama sikit doh akan dry. so renjis air sket2 kat doh sampai leh bulat2 kan.

happy baking...

Apr 17, 2013

Day 1 - Jeju Island

Dari Incheon, kami menaiki flight domestic ke Jeju Island - Jin Air. Cuaca sungguh baik tapi angin terlalu kencang. Suhu Di Jeju Island 8 darjah celcius. Sejuk sampai ke tulang. Pengalaman menaiki flight Jin Air sangat menakut kan kerana angin begitu kencang dan aircraft tidak begitu stabil.
Nasib baik tak mabuk dlm flight. Kami tidak dapat mendarat sbb angin tlalu kencang. aircraft 2 kali buat pusingan br boleh mendarat.


Spring di Jeju Island dah habis. Tak de rezeki nak tgk bunga... takpe tgu esok hari, insyallah dapat tengok Sakura di Seoul.

Sampai di Jeju kami lunch di restoran halal. Hidangan ikan sardin masak asam dan kimchi. Serius tekak ni tak boleh terima makanan korea. Setakat nak rasa boleh la. Minta Pekerja restoran tue tolong tapaukan nasi putih utk dibawa bekal ke hotel.


Selepas perut semua kenyang, kami ke Dragon Head, pemandangan yang sangat cantik. (akan diupload picture bila tiba di malaysia) Angin yang sangat kencang. Di situ ada jual limau yang sangat manis harga utk 8 biji KWN35,000. sangat mahal. memang tak berbaloi tau. Malaysia punya limau tapi tak manis pun kan... Kedai cenderamata pun sangat mahal disini. Harga utk sehelai T-shirt KWN15,000. hanya tgk shj. semua tak bkenan dhati.




Selepas mnikmati angin laut di Dragon Head, kami ke mysterious road, - ada cerita mengenai Mysterious Road nie.

Tarikan graviti Mysterious Road unik kerana sepanjang hampir 1 kilometer pada sebuah kawasan berbukit itu mempunyai daya tarikan graviti yang sangat kuat di mana ia boleh menggerakkan sesuatu benda di atas jalan tersebut dengan secara sendirinya.
Bayangkan sebuah bas yang dimatikan enjinnya dengan membawa 40 penumpang mampu bergerak dengan sendirinya mendaki Mysterious Road biarpun secara perlahan-lahan.

Ice museum destinasi terakhir, ada 3 bahagian di museum ice nie, tingkat satu, museum ukiran ice yang berbagai bentuk spt mickey mouse, pororo, kuda dll. sama seperti di icity, shah alam cuma disini lg best. Di tingkat 2 pula, ada panggung wayang 5D, sangat teruja tau tgk 5D ni. Nampak real... macam kita berada dlm film tue. Di tingkat 3 pula, ada 3D image, semua gambar di tngkt 3 ni nmpk real klu kita amik gmbr....

 




Selesai melawat museum ice, kami check in hotel. Kami tinggal di Oriental Hotel, Jeju Islands.

Pada sebelah malam nya kami dinner di salah satu kedai yang mhidangkan seafood... selepas mkan kami balik ke bilik masing-masing utk rehatkan diri. esok nak check out jam 8pagi.

Apr 12, 2013

Daging rusa masak kicap berempah

Cubaan masak daging rusa masak kicap berempah guna perencah Maggi Daging Kicap Berempah. Hanya tambahkan cili hijau, cili merah dan bawang besar.

**Cubaan kali nie berjaya!!

Ritzari Kitchen

Salam semua... Kali nie saya nak share pasal Ritzari Kitchen. Kak Rose tuan empunya Ritzari Kitchen sms saya kata ada fast selling. So saya hanya dapat grab murtabak, mini pavlova and hokkaido cupcake.

Sangat puas hati. Hubby sangat suka mini pavlova. Nanti kena order lagi dengan kak rose.

Sesiapa yang minat nak buat tempahan dengan Ritzari Kitchen, sila tengok no tel and address kat picture bawah nie yer...


RITZARI KITCHEN
Murtabak


Pavlova


Hokkaido cupcake