Jun 11, 2010

World Cup 2010 South Africa

Hari nie dah start piala dunia nie..
Yang menjadi masalah nya, aku n mak aku mesti xdapat tengok tv.
Mana tak nya, 100% perlawanan soccer sampai bulan 7 nih
Siap dah reserved...

Habis la kami.....

Penghibur hati laptop je la....

Tahun 2010 ini merupakan tahun Piala Dunia yang bakal berlangsung buat julung kalinya di benua Afrika di Afrika Selatan bermula esok. Peraturan terbaru FIFA membolehkan setiap benua berhak menganjurkan Piala Dunia dan kali ini di benua Afrika.

Piala Dunia kali ini membabitkan 32 pasukan dibahagikan kepada 8 kumpulan di mana setiap kumpulan terdapat 4 negara. Juara dan naib juara kumpulan akan meneruskan ke pusingan 16 kalah mati. Seterusnya suku akhir, separuh akhir dan akhir yang bakal berlangsung pada 11 Julai 2010

Perlawanan pembukaan bakal menyaksikan tuan rumah Afrika Selatan bertemua Mexico pada jam 11 malam waktu Malaysia di Soccer City, Johannesburg. Paling penting kita, Malaysia turut terlibat dalam perlawanan pembukaan yang bersejarah ini di mana pengadil Malaysia, Subkhiddin Mohd Salleh menjadi pengadil keempat. Walaupun tidak menjadi pengadil utama namun ia tetap menjadi kebanggaan.