Feb 23, 2011

Bermula lah hari ku berpantang..

NO MCD!
NO KFC!
NO ICE CREAM!

NO NO NO!!!!

adoyai!!!
2 bulan kene berpantang... 
terliur jer tgk org lain makan sedap-sedap.

berpantang bukan maksud berpantang makan tau....
ada lagi kene pantang lain...

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

  1. Dilarang tidur tidak berbantal - dikhuatiri mengakibatkan ibu bepantang sakit kepala, kemungkinan darah kotor  dan angin naik ke kepala serta menyebabkan sakit meroyan kepada ibu berpantang.
  2. Perlu memakai sarung kaki - agar kaki tidak sejuk dan tidak dimasuki angin
  3. Jangan duduk mencangkung - dikhuatiri rahim yang masih lemah keluar dan menyebabkan tumpah darah
  4. Perlu mandi dalam keadaan duduk di kerusi - bagi menjaga kesihatan peranakan
  5. Rapatkan kaki bila tidur - mempercepatkan peranakan sembuh semula
  6. Jangan terlalu aktif dalam masa seminggu yang pertama - bertujuan merehatkan badan sepenuhnya
  7. Jangan makan ubi-ubian -contohnya keladi,keledek,ubi kayu bagi mengelakkan kembung perut.
  8. Jangan tidur di waktu matahari naik - menyebabkan badan ibu berpantang bertambah lesu
  9. Jangan tidur diwaktu senja -  menambahkan kelesuan dan mengelakkan fikiran ibu berpantang terganggu
  10. Jangan menjahit pakaian dan membaca - elakkan tekanan kepada saraf mata masih lemah agar mata tidak cepat rabun
  11. Tidak boleh keluar rumah diwaktu senja - eloklah dielakkan keluar semasa keadaan ibu yg masih nifas supaya ibu berpantang bebas dari sebarang gangguan.
  12. Ibu jari kaki tidak boleh terhantuk - terhantuk menyebabkan ibu berpantang pitam atau bentan jika ibu itu masih belum pulih sepenuhnya
  13. Berpantang selama seratus hari - menyebabkan peranakkan ibu berpantang pulih dengan sepenuhnya