Nasib baik tak mabuk dlm flight. Kami tidak dapat mendarat sbb angin tlalu kencang. aircraft 2 kali buat pusingan br boleh mendarat.
Spring di Jeju Island dah habis. Tak de rezeki nak tgk bunga... takpe tgu esok hari, insyallah dapat tengok Sakura di Seoul.
Sampai di Jeju kami lunch di restoran halal. Hidangan ikan sardin masak asam dan kimchi. Serius tekak ni tak boleh terima makanan korea. Setakat nak rasa boleh la. Minta Pekerja restoran tue tolong tapaukan nasi putih utk dibawa bekal ke hotel.
Selepas perut semua kenyang, kami ke Dragon Head, pemandangan yang sangat cantik. (akan diupload picture bila tiba di malaysia) Angin yang sangat kencang. Di situ ada jual limau yang sangat manis harga utk 8 biji KWN35,000. sangat mahal. memang tak berbaloi tau. Malaysia punya limau tapi tak manis pun kan... Kedai cenderamata pun sangat mahal disini. Harga utk sehelai T-shirt KWN15,000. hanya tgk shj. semua tak bkenan dhati.
Selepas mnikmati angin laut di Dragon Head, kami ke mysterious road, - ada cerita mengenai Mysterious Road nie.
Tarikan graviti Mysterious Road unik kerana sepanjang hampir 1 kilometer pada sebuah kawasan berbukit itu mempunyai daya tarikan graviti yang sangat kuat di mana ia boleh menggerakkan sesuatu benda di atas jalan tersebut dengan secara sendirinya.
Bayangkan sebuah bas yang dimatikan enjinnya dengan membawa 40 penumpang mampu bergerak dengan sendirinya mendaki Mysterious Road biarpun secara perlahan-lahan.
Ice museum destinasi terakhir, ada 3 bahagian di museum ice nie, tingkat satu, museum ukiran ice yang berbagai bentuk spt mickey mouse, pororo, kuda dll. sama seperti di icity, shah alam cuma disini lg best. Di tingkat 2 pula, ada panggung wayang 5D, sangat teruja tau tgk 5D ni. Nampak real... macam kita berada dlm film tue. Di tingkat 3 pula, ada 3D image, semua gambar di tngkt 3 ni nmpk real klu kita amik gmbr....
Selesai melawat museum ice, kami check in hotel. Kami tinggal di Oriental Hotel, Jeju Islands.
Pada sebelah malam nya kami dinner di salah satu kedai yang mhidangkan seafood... selepas mkan kami balik ke bilik masing-masing utk rehatkan diri. esok nak check out jam 8pagi.
Tweet