Apr 28, 2013

Tesco Promotion Drypers

Pagi tadi ternampak FB Tesco Malaysia post ada promotion.. Drypers harga utk satu pack RM30.99... Terus ajak adik gi beli jap. nasib dekat jer dgn rumah mak. Tapi umat mmg lerr ramai... Al maklum ler semua dah bergaji... Nak beratur bayar pun kena sabar... Promotions anya untuk hari ni sajer tau. Setiap pack dpt gift. Glow in the dark with two design.. satu egg shape satu lagi star.... cantikkk.... suka Rania...





Apr 25, 2013

MCD - Hello Kitty collection



Boss ku yang baik hati





Sangat excited bila dpt tahu kami satu size... Terima kasih boss... Hadiah sebagai pindah masuk ke Account Dept...

Fullmoon - Ayamas











Terima kadih my colleagues bagi Ayamas full moon...

Apr 23, 2013

Day 2 - Jeju Folk Village Museum





 
Antara rumah tradisional yang terdapat disini.




Address: 40-1 Pyoseon-ri, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Chocolate Almond Crunchies

Saya jumpa resepi nie kat FB. saja share kat sini sebab boleh refer. kat Fb sekejap je boleh tgk. lepas tue dah hilang.... sebab rai user Fb rajin update status kan...


220gm butter
160gm brown sugar
220gm cake flour
240gm rolled oat
1tbsp baking powder
100gm choc chip
80gm chopped almond

melt butter & brown sugar dlm periuk direct atas api.

campurkan semua dry ingredients. bila butter & brown sugar dah melted tuang ke dlm dry ingredients. kacau pakai senduk ya. coz panas.

pas tu bulat2 kan n bakar. temparature 150c and 30minutes.

tips utk kukis ni. nila biar lama sikit doh akan dry. so renjis air sket2 kat doh sampai leh bulat2 kan.

happy baking...

Apr 17, 2013

Day 1 - Jeju Island

Dari Incheon, kami menaiki flight domestic ke Jeju Island - Jin Air. Cuaca sungguh baik tapi angin terlalu kencang. Suhu Di Jeju Island 8 darjah celcius. Sejuk sampai ke tulang. Pengalaman menaiki flight Jin Air sangat menakut kan kerana angin begitu kencang dan aircraft tidak begitu stabil.
Nasib baik tak mabuk dlm flight. Kami tidak dapat mendarat sbb angin tlalu kencang. aircraft 2 kali buat pusingan br boleh mendarat.


Spring di Jeju Island dah habis. Tak de rezeki nak tgk bunga... takpe tgu esok hari, insyallah dapat tengok Sakura di Seoul.

Sampai di Jeju kami lunch di restoran halal. Hidangan ikan sardin masak asam dan kimchi. Serius tekak ni tak boleh terima makanan korea. Setakat nak rasa boleh la. Minta Pekerja restoran tue tolong tapaukan nasi putih utk dibawa bekal ke hotel.


Selepas perut semua kenyang, kami ke Dragon Head, pemandangan yang sangat cantik. (akan diupload picture bila tiba di malaysia) Angin yang sangat kencang. Di situ ada jual limau yang sangat manis harga utk 8 biji KWN35,000. sangat mahal. memang tak berbaloi tau. Malaysia punya limau tapi tak manis pun kan... Kedai cenderamata pun sangat mahal disini. Harga utk sehelai T-shirt KWN15,000. hanya tgk shj. semua tak bkenan dhati.




Selepas mnikmati angin laut di Dragon Head, kami ke mysterious road, - ada cerita mengenai Mysterious Road nie.

Tarikan graviti Mysterious Road unik kerana sepanjang hampir 1 kilometer pada sebuah kawasan berbukit itu mempunyai daya tarikan graviti yang sangat kuat di mana ia boleh menggerakkan sesuatu benda di atas jalan tersebut dengan secara sendirinya.
Bayangkan sebuah bas yang dimatikan enjinnya dengan membawa 40 penumpang mampu bergerak dengan sendirinya mendaki Mysterious Road biarpun secara perlahan-lahan.

Ice museum destinasi terakhir, ada 3 bahagian di museum ice nie, tingkat satu, museum ukiran ice yang berbagai bentuk spt mickey mouse, pororo, kuda dll. sama seperti di icity, shah alam cuma disini lg best. Di tingkat 2 pula, ada panggung wayang 5D, sangat teruja tau tgk 5D ni. Nampak real... macam kita berada dlm film tue. Di tingkat 3 pula, ada 3D image, semua gambar di tngkt 3 ni nmpk real klu kita amik gmbr....

 




Selesai melawat museum ice, kami check in hotel. Kami tinggal di Oriental Hotel, Jeju Islands.

Pada sebelah malam nya kami dinner di salah satu kedai yang mhidangkan seafood... selepas mkan kami balik ke bilik masing-masing utk rehatkan diri. esok nak check out jam 8pagi.

Apr 12, 2013

Daging rusa masak kicap berempah

Cubaan masak daging rusa masak kicap berempah guna perencah Maggi Daging Kicap Berempah. Hanya tambahkan cili hijau, cili merah dan bawang besar.

**Cubaan kali nie berjaya!!

Ritzari Kitchen

Salam semua... Kali nie saya nak share pasal Ritzari Kitchen. Kak Rose tuan empunya Ritzari Kitchen sms saya kata ada fast selling. So saya hanya dapat grab murtabak, mini pavlova and hokkaido cupcake.

Sangat puas hati. Hubby sangat suka mini pavlova. Nanti kena order lagi dengan kak rose.

Sesiapa yang minat nak buat tempahan dengan Ritzari Kitchen, sila tengok no tel and address kat picture bawah nie yer...


RITZARI KITCHEN
Murtabak


Pavlova


Hokkaido cupcake

Apr 7, 2013

Chicken stew

Bahan A:
- Isi ayam
- 2 tangkai daun sup
- 2 tangkai daun bawang
- 1 batang lobak merah
- 1 biji tomato
- 2 sudu makan minyak masak

Bahan B: (dibancuhkan)
- setengah cawan air
- 1 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 sudu teh minyak bijan
- garam secukup rasa

Bahan C: (dihiris)
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 biji cili merah

Cara Membuat:
1. Bersihkan isi ayam
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan semua sayur kecuali daun bawang dan daun sup.
5. Apabila layu, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan mendidih.
6. Tutup api kemudian taburkan daun sup dan daun bawang.





Lawan dengan telur dadar pun sodap...

Nasi Ayam