Oct 4, 2011

Filem Hantu Racuni Minda Dan Punca Histeria – Tun Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik


Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali. Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya.Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’. Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria.

Kemungkinan besar Tun Mahathir kecewan dengan masyarakat kita yang mudah tertipu dengan bomoh-bomoh sekaligus kerugian jutaan ringgit saban tahun.
Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh. Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan. Dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu.
Buat masa ini, Majlis Fatwa Kebangsaan dilaporkan akan mengkaji fenomena filem hantu ini. Kalau diharamkan, nampaknya penerbit filem Malaysia terpaksalah beralih kepada genre lain pulak selepas ini.
Apa pulak pendapat anda? Adakah anda percaya filem hantu dapat mempengaruhi minda kita?