Oct 5, 2015

Hi Tea for Abah Birthday

Semalam buat makan hi tea untuk birthday abah di Maritim Café, Putrajaya. Asalnya plan mak, mak just call bagi date. Check date ngam dengan hubby tengah off first day. Seminggu sebelum memang dah call booking staff Maritim Café tak boleh nak confirmkan sebab takut ada event. Friday call lagi sekali sebab takut tak dapat book, then diorang confirm kata boleh.
Sabtu call mak inform ahad jadi gi Maritim Café. Cake dah tempah dalam 2 minggu awal. Macam biasa tempah dekat IG - Artisan_N_Co . This time tempah cupcakes Pandan gula Melaka @ onde-onde. First time rasa dekat Wondermilk IOI City Mall Putrajaya sedap sangat. Rasa sis nie buat sama je dengan Wondermilk and sangat puat hati sebab sis nie stay dekat Enstek. Caketopper pulak me tempah dengan sis Azyan dari IG - Akudankraf seminggu sebelum event. Itu pun kena pick up sendiri kat rumah sis Azyan di Taman Sutera Kajang. Tenkiu juga pada sis dari IG - Artisan_N_Co sebab recommend kan Sis Azyan... Balloon di sponsor oleh Ain. TenkiU aIN... :)
 




 
 
 
 

Oct 2, 2015

Happy Birthday Puteri & Aza

Advanced celebrate birthday Puteri & Aza di Tappers Café IOI City Mall, Putrajaya. 
 
Puteri - 14th October
Aza - 7th October
 
Cake Birthday beli kat DipNDip sebelah Tappers jer. Lepas tu request letak words.
 
Bergambar dengan Mr The sementara tunggu brownie cake siap.
Lunch order spaghetti carbonara + air sirap bandung.
Food my comment so~so jer rasa dia...
 
Birthday girl potong cake
 
 
 
 
 

Mondelez Warehouse Sales

 
Iklan Mondelez Warehouse Sales nie Nampak kat FB.
Then kebetulan ada Nampak personal shopper tengah ambil order.
Laju la pm personal shopper siap list kan apa nak beli.
Senang je deal dengan personal shopper nie sebab upah dia seikhlas hati. So korang kena la berhati-hati pilih personal shopper nie sebab ada yang ambil kesempatan. Kadang tu rasa mahal sangat then tak amanah pun ada. Pernah terkena sekali. :(
 
Balik kerja, inform husband nak jumpa personal shopper tu kat one point Mydin Kota Seriemas.
Siap Tanya personal shopper ada tak balance yang tak terjual...
Tamak haloba betul kan??
 
Ini gambar yang dikirim semalam... Enjoy Guysss!!!
Maaf Gambar malas nak rotate.
 
Okay nak share semua nie amount total lost RM60..
Murah tak? Anda judge sendiri ....

Aug 6, 2015

Majlis Merisik

Salam semua... Salam petang Khamis.. :)
 
Hari nie terlebih rajin plus teringin nak share majlis merisik untuk adik bongsu Si Ifan. Dah plan lama nak pergi ke rumah Ain tapi masa tak mengizin kan. Mak dan abah pula asyik ke oversea sahaja. So alang-alang bulan raya tak habis lagi, kami terus la ke Taman Hijayu dekat Bandar Sri Sendayan. Seminggu sebelum pergi tu dah tempah Congo Bar dekat IG - Artisan_N_Co
Congo Bar siap pesan dekat Ain, nanti kami dating jangan lupa hidang tau.. sebab nak makan sangat. Buruk siku kan??
Okay skip pasal perbincangan diorang tentang merisik, bertunang, dan kahwin sebab tu orang-orang tua je yang berbincang.
Lepas bincang tu, mama ain masak banyak sangat siap ada mee hoon sup, mee goring, roti jala.. belum lagi dessert.. tak larat nak listing.
Bila dah nak balik tu mesti la ambil gambar sebagai kenangan kan?
Jom layan gambar kami...



Sekian sahaja kami bergambar pada hari tu..


May 3, 2015

Perfume Raya

Beli perfume raya untuk hubby dan anak-anak.... 

Cuti 1 May : The Everly Putrajaya Hotel

Actually untuk cuti panjang kali nie memang takde plan nak pergi mana-mana... Lepas balik kerja khamis hari tu saje je buka mulut jom tidur hotel.... Hubby kata jom... 

Tapi nak tidur mana?? Cepat-cepat buka Apps Agoda nk tengok hotel mana yang available... Cari Cyberview Lodge penuh lak... Pullman pun penuh... Cuba try The Everly Putrajaya Hotel tengok banyak kosong... Check harga junior suite with breakfast dapat RM289 termasuk tax bagai....

The kemas beg esok nya terus gerak dari rumah... Tak nak cerita panjang, jom layan gambar bilik yg kami ambil Junior Suite