Mar 21, 2011

Mattel Warehouse Clearance | 25 -27 Mar 2011


Mattel Warehouse Clearance

3 Days Only 
Brands Offered
Fisher Price
Barbie
Hot Wheels
Mattel Toys 
Time :
25-26 Mar : 10am to 7pm
27 Mar : 10am to 6pm
 Location
2nd Floor Block A
The Atria Shopping Centre
Jalan SS 22/23
Damansara Jaya
Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

Mar 20, 2011

Majlis Cukur Jambul Rania

Alhamdulillah Majlis Cukur Jambul untuk baby Rania dah selamat... Syukur Rania tak de nangis pun masa orang tengah marhaban n potong rambut dia... Hari nie genap Rania 1 bulan 1 hari... Thanks to family yang banyak membantu menjayakan majlis cukur jambul Rania..

\\Rania, cepat besar ye sayang//

Mar 19, 2011

Free 2 Big Breakfast dilanjutkan

Hi all!! Good news.... Sesiapa yang nak Breakfast MCD free lagi sila lah print coupon nie yer... asalnya sampai 22hb tapi dah dilanjutkan ke 31st march...
coupon mcd

Mar 18, 2011

Ruam Susu

Pernah dengar ruam susu? 
Mari kita lihat bagaimana ruam susu terjadi
ruam susu terjadi bukan semata-mata kerana susu…
susu ibu mengandungi berjuta-juta sel hidup yang mana jika dibiarkan terdedah sel-sel itu akan mati…(susu kena muka bayi dan kita tak cuci…maka susu itu akan rosak)
sel-sel hidup yang da mati akan menjadi ‘kesukaan’ bakterian dan kuman…
maka bakteria dan kuman akan ‘bertandang’ ke area kena susu tadi..lantas menempel dan berumahtangga di situ..jadilah ruam susu
sebab itu kita digalakkan…dicadangkan cuci muka/area kena susu ibu setiap kali selepas menyusu…

OK

jadinya…ruam susu sebenarnya disebabkan oleh bakteria dan kuman yang menyerang kawasan bersusu sel hidup yang sudah mati…
faham tak ayat tunggang langgang nih?

jadi bagaimana pula susu ibu boleh memulihkan ruam susu?
susu segar dari payudara ibu kaya dengan sel-sel hidup dan segala zat..nutrisi antibodi dan segalanya
susu segar itu jika kita sapukan ke kawasan ada bakteria dan kuman, akan matilah bakteria dan kuman tersebut…..
maka pulihlah ruam susu yang terhasil daripada susu dan dipulihkan dengan susu….
susu ibu memang the best!

//Rania mempunyai masalah ruam susu di muka//

Mar 17, 2011

Breakfast MCD

Ingat tak N3 kelmarin pasal free 2 big breakfast from MCD? Pagi tadi hubby gi la MCD utk dapatkan free Big Breakfast tue... Disebabkan hanya dapat Big breakfast jer, so hubby plan nak beli air Milo sebab syarat untuk dapat free nie kene pembelian minimum RM5... 

Hampir 2 jam lepas en.hubby keluar rumah tak balik-balik. Perut dah lapar. Nak call en. hubby tak bawa phone... So kene la tunggu dengan penuh keimanan... Sampai je en. hubby di rumah, tanya kenapa lama sangat kat MCD. Rupa nya Q untuk Big Breakfast free nie panjang sangat... AL maklumlah cuti sekolah kan??

Kesian en. hubby kene Q plak yer.... Sesiapa nak makan MCD free lagi pergi la print coupon tue kat FB MCD...
en.hubby punya... hash brown dah abis kene ngap..

mine.... hash brown dah kene bite...

Mar 16, 2011

Kerajaan Malaysia haramkan botol susu polikarbonat

Salam semua, terkini semalam tengok berita tv3 yang mana Kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan botol susu polikarbonat Bisphenol A berkuatkuasa mulai 1 Mac tahun depan. Perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

Sila pastikan Botol Susu tidak megandungi label 7 atau seperti dibawah :-
a. Nombor 7
b. Nombor 7 dan PC
c. Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.2
3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal denganmenukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.