Alhamdulillah.... 1st time try breast pump. Hasil dapat la 4.5oz...
Tweet
Feb 27, 2011
Feb 26, 2011
Courier Dah Sampai!!
Alhamdulillah baju Rania dah sampai.
Nie 1st time beli baju Rania secara online.
Hari Khamis xleh tido sbb berjaga nak BF Rania.
Saja layan internet.
berminat plak dengan satu baju baby girl kat website mybbclothing
Jumaat pagi buat payment for this item then Pagi nie courier dah sampai.
Thanks to Ms Cindy Tan (Owner mybbclothing)
Kesimpulan nya: mybbclothhing mmg service cepat n tiptop.
Tweet
Labels:
Rania
Rania kena kuning!!
Pagi nie kali ketiga bawa Rania g klinik.
Dah OK sket dari pada Khamis ri tue..
Macam mana boleh ok??
Nenek Rania suapkan 2-3 titik jus black grape.
Then pagi-pagi mcm biasa... kene kan baby panas matahari pagi.
Breastfeeding kene bagi fulltime. Setiap sejam kene bagi.(Yg nie mmg lebam bijik mata kene bjaga). Kalau Rania tido, mmg paksa dia bgn....
Minum air masak kene banyak.
Nenek Rania bagi minum air zamzam.
Ada org cakap suapkan sket susu kambing.
Tapi xtau la mcm mana nak cari susu kambing.
Then ada org cakap mandi kan baby dengan air daun kuchai.
Sesapa penah try petua nie?
Lagi satu doctor pesan jangan makan jamu.
Bulan lepas siap g Indon cari jamu yg original.
Last-last xdapat makan. hukhuk...
Semoga baby Rania cepat sembuh ye sayang....
Mama n abah sayang Rania.
Labels:
Rania
Feb 23, 2011
Bermula lah hari ku berpantang..
NO MCD!
NO KFC!
NO ICE CREAM!
NO NO NO!!!!
adoyai!!!
2 bulan kene berpantang...
terliur jer tgk org lain makan sedap-sedap.
berpantang bukan maksud berpantang makan tau....
ada lagi kene pantang lain...
Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:
- Dilarang tidur tidak berbantal - dikhuatiri mengakibatkan ibu bepantang sakit kepala, kemungkinan darah kotor dan angin naik ke kepala serta menyebabkan sakit meroyan kepada ibu berpantang.
- Perlu memakai sarung kaki - agar kaki tidak sejuk dan tidak dimasuki angin
- Jangan duduk mencangkung - dikhuatiri rahim yang masih lemah keluar dan menyebabkan tumpah darah
- Perlu mandi dalam keadaan duduk di kerusi - bagi menjaga kesihatan peranakan
- Rapatkan kaki bila tidur - mempercepatkan peranakan sembuh semula
- Jangan terlalu aktif dalam masa seminggu yang pertama - bertujuan merehatkan badan sepenuhnya
- Jangan makan ubi-ubian -contohnya keladi,keledek,ubi kayu bagi mengelakkan kembung perut.
- Jangan tidur di waktu matahari naik - menyebabkan badan ibu berpantang bertambah lesu
- Jangan tidur diwaktu senja - menambahkan kelesuan dan mengelakkan fikiran ibu berpantang terganggu
- Jangan menjahit pakaian dan membaca - elakkan tekanan kepada saraf mata masih lemah agar mata tidak cepat rabun
- Tidak boleh keluar rumah diwaktu senja - eloklah dielakkan keluar semasa keadaan ibu yg masih nifas supaya ibu berpantang bebas dari sebarang gangguan.
- Ibu jari kaki tidak boleh terhantuk - terhantuk menyebabkan ibu berpantang pitam atau bentan jika ibu itu masih belum pulih sepenuhnya
- Berpantang selama seratus hari - menyebabkan peranakkan ibu berpantang pulih dengan sepenuhnya
Feb 20, 2011
Welcome Baby Rania....
Alhamdulillah saya telah selamat bersalin pada 19-02-2011
Baby gegurl......
Berat baby 2.41kg
Bersalin normal... di Hospital Putrajaya
Siyes baby xbyk kerenah time nak bersalin kan dia.
Tak sampai sejam dah kuar labor room.
Time pregnant pun, xde byk problem...
Alhamdulillah tuhan mudah kan...
Even dah buka 5cm still tak rasa sakit. siap bjalan2 lagi tgk org lain.
Bila doctor pecah air ketumban, terus rasa nak buang air besar. teran 2 kali dah kuar kepala baby...
Senang kan....?
Semua kuasa tuhan....
Time kene submit kat Spital Putrajaya, macam-macam perasaan wujud.
Dosa lampau la.... kuat lawan ckp mak la..
hukhukhuk....
Labels:
baby,
Hospital Putrajaya





