Jun 10, 2013

The World Votes - AIRism

Saya berpeluang untuk mencuba produk baru dari Uniqlo - AIRism

Sample code dihantar melalui phone jer. So bila depan kaunter kena buka sample code tu kat depan staff Uniqlo. Then bila dah di approve oleh staff UNIQLO, boleh la pergi pilih baju AIRism yang mana uolls nak.... nak pattern camisole or tshirt....

Saya amik pattern camisole color dark blue plain...

Saya nak kongsi material kain AIRism nie sangat la comfort. Sesuai untuk Negara kita yang panas nie... Serius kalau tak percaya pergi la terjah UNIQLO skang.

Tak pernah lagi jumpa jenis kain nie kat kedai-kedai lain... Nie first time tgk ada kat UNIQLO.. harga plak paling rendag RM39.90. Paling mahal RM79.90....

Lepas nie nak terjah lagi UNIQLO, nak amik design yg cute miut tue....

Anyway, thanks to UNIQLO yg beri saya peluang untuk mencuba produk AIRism....




Jun 6, 2013

Teduhan Kasih

Sekarang nie demam tengok citer Teduhan Kasih kat TV3 jam 7ptg-8mlm.

Punya la cari novel nie tak jumpa.. Pergi MPH Alamanda tak jumpa, pergi MPH AEON Seremban 2 tak jumpa. Lastly beli online je kat KaryaSeni...

Sekarang Karya Seni buat promotion. Diskaun RM3 dan free postage...

Sinopsis citer nie;

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Tak sabar nak baca novel Teduhan Kasih tue sampai...