Meh sini me nak share pasal unknown virus yg mengganggu husband me dah 3 weeks. Sebenarnya husband dah lama kena demam. Tapi demamnya on off... kalau makan panadol, ok la jadinyaaa... kalau tak makan demam balik... then badan dia sakit-sakit.
Nak di jadikan cerita, hari sabtu lepas, balik dari Mom & Baby Expo 2012 kat Midvalley, kami terus balik kampung husband di Jelebu. Plan malam tue baru gerak balik Sepang. Tapi tak jadi balik malam tue sebab husband me tak sihat. Demam katanya... So plan nak balik esok pagi.
Esok pagi nya, husband me kata nak pergi Hospital Jelebu sekejap nak gi wat blood test. Me and Rania stay kat rumah MIL je... Husband pergi sorang... (Rasa bersalah plak kan).. Dalam pukul 9.30 pagi, husband call kata kena tahan wad sebab kena jangkitan kuman dalam darah.
Kesimpulannya ahad tue memang me and Rania kena stay kat MIL.... Lepas terima call tue, me terus gerak pergi Hospital Jelebu sebab nak tengok husband. Bincang dengan husband macam mana nak buat. sebab me memang sehelai sepinggang tak bawa baju...
Me minta tolong kak long bawa me balik Sepang untuk ambil baju. Me boleh je balik Sepang sendiri, tapi mana plak nak letak Rania kan... Kena bawa jugak... Bila dah ambil baju dan barang2 yang diperlukan, me balik semula rumah MIL.
Petang Ahad tue, my mum and abah datang Jelebu melawat husband... Thanks ye mak n abah sebab susah-suah je datang. Siap bawa roti jala dengan kuah durian...
Esok nya, me and SIL plak pergi hospital, sebab husband teringan plak nak makan roti jala n kuah durian... Sejam lepas me balik dari Hospital, husband call kata doktor kasi balik rumah (discharge).
Tengah hari tue jugak me pergi Hospital untuk pick up husband. Sampai sekarang tak tahu virus apa yg ada dalam darah husband.
***Pengalaman yang agak sukar untuk me manage my daughter sorang***