Di kalangan jiran, Singapura di kedudukan ke-20, Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73).
Dalam senarai membabitkan 100 negara itu, Finland di kedudukan pertama, diikuti Switzerland dan Sweden.
Dalam keluaran khas pertama "Negara-negara Terbaik" Newsweek, mereka diminta menjawab satu soalan sederhana tetapi agak kompleks - jika anda dilahirkan hari ini, negara mana yang akan menyediakan anda peluang terbaik untuk menjalani kehidupan yang sihat, selamat, makmur, dan bergerak maju.
Bagi tinjauan khas ini, Newsweek memilih lima kategori kesejahteraan negara - pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi, dan persekitaran politik.
Majalah itu juga menyenaraikan Malaysia sebagai lapan terbaik dalam kategori pendidikan di kalangan negara berpendapatan sederhana atas.
Tiga negara teratas dalam kategori itu ialah Kazakhstan, Poland dan Cuba. - BERNAMA Tweet