Jun 11, 2010

World Cup 2010 South Africa

Hari nie dah start piala dunia nie..
Yang menjadi masalah nya, aku n mak aku mesti xdapat tengok tv.
Mana tak nya, 100% perlawanan soccer sampai bulan 7 nih
Siap dah reserved...

Habis la kami.....

Penghibur hati laptop je la....

Tahun 2010 ini merupakan tahun Piala Dunia yang bakal berlangsung buat julung kalinya di benua Afrika di Afrika Selatan bermula esok. Peraturan terbaru FIFA membolehkan setiap benua berhak menganjurkan Piala Dunia dan kali ini di benua Afrika.

Piala Dunia kali ini membabitkan 32 pasukan dibahagikan kepada 8 kumpulan di mana setiap kumpulan terdapat 4 negara. Juara dan naib juara kumpulan akan meneruskan ke pusingan 16 kalah mati. Seterusnya suku akhir, separuh akhir dan akhir yang bakal berlangsung pada 11 Julai 2010

Perlawanan pembukaan bakal menyaksikan tuan rumah Afrika Selatan bertemua Mexico pada jam 11 malam waktu Malaysia di Soccer City, Johannesburg. Paling penting kita, Malaysia turut terlibat dalam perlawanan pembukaan yang bersejarah ini di mana pengadil Malaysia, Subkhiddin Mohd Salleh menjadi pengadil keempat. Walaupun tidak menjadi pengadil utama namun ia tetap menjadi kebanggaan.


Jun 6, 2010

Makan2

This week punye, yummyy!!....
Semestinya hari Rabu ~ Pink Day
Ini Rocky Road.
Rifhan belanja sempena birthday aku utk bln nie

School Holiday!!!

Wah best nye kalau jadi nudak sekolah.. Sekolah cuti selama 2 weeks mei...
yang penting homework kene siapkan... tuition jangan ponteng... penuhi masa cuti dengan benda yang berfaedah.

Malaysia International Toy Fair 2010

Mari kita g Mid reramai... Best wooo toys fair nih... Encik Hubby tidak sabar nampak nye...

Jun 4, 2010

Nasi Lemak 1 Malaysia

Marilah ke Putrajaya sempena "Fiesta Nasi Lemak 1 Malaysia", dari 4 - 6 Jun 2010.

Fiesta ini akan melibatkan 500 penyertaaan dari hotel/restoran/perseorangan termasuk restoran nasi lemak antarabangsa akan memasak, utk pertandingan nasik lemak tersedap. maka, nasi lemak paling tersedap akan dinobatkan! kemudian, dianggarkan lebih 10,000 nasik lemak free akan diedarkan kepada pengunjung, meriah ke tidak?