Feb 2, 2012

Menu Malam Nie

Request by big boss

Perodua Alza Smart Ride (SR) Baru

Adakah anda tahu bahawa Perodua telah pun menambah satu lagi variant pada model perodua Alza? Perodua Alza baru merupakan variant Perodua Alza SR. Apakah makna SR?

SR bermakna smart ride dan terdapat beberape perubahan pada variant terbaru ini. Sebelum ini terdapat tiga variant iaitu Perodua Alza Standard, Perodua Alza Premium dan juga Perodua Alza Advance.
Kini Alza SR baru tiada lampu fog, visor pintu dan wiper belakang. Manakala dashboard pula berwarna gelap tiada seperti sebelum ini yang mempunyai dua ton warna pada Alza Standard. Tempat duduk pemandu kini individu, tidak lagi bersambung seperti variasi sebelum ini. Dua lagi perubahan adalah tiada lagi butang audio pada steering dan brek tangan di antara tempat duduk hadapan.

Keseluruhannya, Alza SR ini lebih kurang sama dengan Alza Standard dengan harga Alza lebih murah. Harga Alza SR adalah RM53,013.50 bagi manual dan RM56,513.50 bagi transmisi automatik. Apa yang boleh kita tahu daripada ini ialah Alza SR lebih berbaloi harganya dari Alza standard.
Harga Perodua Alza SR (Harga OTR ) di Semenanjung Malaysia :
  • Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Solid – RM53,013.50
  • Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Metalik – RM53,513.50
  • Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Solid – RM56,013.50
  • Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Metalik – RM56,513.50
JOM BELI!!!

Kad Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani

Sebelum ini tarikh nikah dan resepsi Yury KRU dan Lisa Surihani telah pun ditetapkan dan diumumkan secara rasmi kepada media. Kini anda juga dapat melihat kad kahwin Yury dan Lisa Surihani.

Kad perkahwinan Yury dan Lisa Surihani tidak begitu elegant orang kata tetapi perkahwinan ini akan menjadi perkahwinan selebriti yang ditunggu-tunggu pada tahun 2012. Lihat kad perkahwinan dibawah:
Majlis pernikahan Yusry KRU & Lisa Surihani akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya manakala majlis resepsi Yusry KRU & Lisa Surihani akan berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

TESCO Super Saver

Ni ada coupons dari TESCO.... Sesiapa nak boleh print kat website TESCO
Ni antara kupon-kupon TESCO tue


Jan 31, 2012

::Groupon::Samsung WiFi Camera


Nie hasil grab dari Groupon...
Murah jer..

Rania Demam

Sekarang memang musim demam.
Hujan panas hujan panas..
Malam kalau tidur berpeluh-peluh even rumah ada aircond...
Kenapa ya?

Mula-mula, Rai demam sejak balik dari Family Day @ Damai Laut.
Then Rania pulak kena sekarang nie..
Siyes kesian sebab Rania kecik lagi...


Untuk lega kan panas kat badan Rania, Rai tepek COOL FEVER kat dahi dia..

Pict credit to Mr Google

Bukan Rania saja yang pakai, abah Rania pun pakai kalau dah demam..
COOL FEVER nie memang berkesan. Dan memang takde kesan sampingan pun.
Senang nak cari. Kat kedai 7 Elevan sekotak RM16.90... Ada 6 keping.
So, sesiapa yang demam, Rai recommend tepek je benda nie ya...
Semoga Rania cepat sembuh ye sayang...