Feb 2, 2012

Perodua Alza Smart Ride (SR) Baru

Adakah anda tahu bahawa Perodua telah pun menambah satu lagi variant pada model perodua Alza? Perodua Alza baru merupakan variant Perodua Alza SR. Apakah makna SR?

SR bermakna smart ride dan terdapat beberape perubahan pada variant terbaru ini. Sebelum ini terdapat tiga variant iaitu Perodua Alza Standard, Perodua Alza Premium dan juga Perodua Alza Advance.
Kini Alza SR baru tiada lampu fog, visor pintu dan wiper belakang. Manakala dashboard pula berwarna gelap tiada seperti sebelum ini yang mempunyai dua ton warna pada Alza Standard. Tempat duduk pemandu kini individu, tidak lagi bersambung seperti variasi sebelum ini. Dua lagi perubahan adalah tiada lagi butang audio pada steering dan brek tangan di antara tempat duduk hadapan.

Keseluruhannya, Alza SR ini lebih kurang sama dengan Alza Standard dengan harga Alza lebih murah. Harga Alza SR adalah RM53,013.50 bagi manual dan RM56,513.50 bagi transmisi automatik. Apa yang boleh kita tahu daripada ini ialah Alza SR lebih berbaloi harganya dari Alza standard.
Harga Perodua Alza SR (Harga OTR ) di Semenanjung Malaysia :
  • Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Solid – RM53,013.50
  • Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Metalik – RM53,513.50
  • Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Solid – RM56,013.50
  • Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Metalik – RM56,513.50
JOM BELI!!!