Mar 16, 2011

Kerajaan Malaysia haramkan botol susu polikarbonat

Salam semua, terkini semalam tengok berita tv3 yang mana Kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan botol susu polikarbonat Bisphenol A berkuatkuasa mulai 1 Mac tahun depan. Perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

Sila pastikan Botol Susu tidak megandungi label 7 atau seperti dibawah :-
a. Nombor 7
b. Nombor 7 dan PC
c. Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.2
3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal denganmenukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Mar 15, 2011

Percuma 2 Big Breakfast dengan pembelian minimum RM5

Tadi tengok iklan McDonald's kat surat khabar Harian Metro. "Percuma 2 Big Breakfast dengan pembelian minima RM5".. 

Sesiapa yang xbeli paper pun bolen dapatkan kupon nie kat mcdonald's malaysia fanclub @ FB. So apa tunggu lagi, kunjungi McDonald's yang berdekatan yang menawarkan breakfast dari 4 pagi sampai 11 pagi dan offer ni hanya valid sehingga 22 March 2011 (Selasa next week)
Selamat bersarapan pagi ya!!

Pizza Hut v.s Domino

Antara Pizza Hut dan Domino which want do u prefer? For me, murah pilih la Domino tapi kalau ada duit lebih beli Pizza Hut.  kalau dinilai dari pelbagai sudut pizza hut memang lebih hebat dari domino( pelbagai aneka makanan, saiz restoran yang lebih besar, bilangan restoran yang lebih banyak etc).

Rai antara peminat pizza. So kalau husband nak belanja ke mesti Rai akan prefer pizza. Sebolehnya elak tapau atau delivery kat pizza hut,unless klu dine in. Tapi kalau nak tapau, memang Domino. esp yg new york crust..n adik2 Rai suka sbb dia ade chilli flakes.mesti mintak lebih klu beli. hehe

Kalau nak makan chili flakes asingkan bijik chili tue, takut kene appendiks lak
Bagi Rai setelah bertahun tahun makan pizza hut , daripada normal crust ke stuffed crust ,rasanya biasa jer  la..tapi setelah diperkenalkan dengan Domino's ...pergh ....yang pastinya orang tak berapa suka Domino's sebab tak tau topping mana yang sedap , meh sini Rai cadangkan....kegemaran Rai NY crust dengan topping tuna temptation with extra cheese..addicted siot ..dia pakai top secret sauce..ntah ape dia letak Rai pun tak tau tp mmg sedap bangat!!.korang try la order kalau tak caya...lagipun value for money ...3 large pizza RM75 ..mana nak dapat....rega cam tu kat pizza hut..

Mar 14, 2011

BB Cream

Sejak pregnant ramai dok heboh pasal BB Cream nie. Tapi time preggy mmg xde nafsu pun nak make up or nak shopping brg-brg make up nie. Bila dah bersalin baru dok pikir nak make up balik. Yela... lepas abis maternity leave nie dah dok sibuk jumpa client, agent and out station. So nie yang dok pikir nak make up....

Hampir setahun dah tak pakai foundation. Tue yang pikir nak cari faoundation.... Tapi bila teringat kawan-kawan citer pasal BB Cream nie ingat nak try. Now dok survey dulu apa brand yang ada... Maybelline? Silkygirl? Elianto? Yang mana satu elok? Tapi macam berminat nak try Maybelline jerk. Lepas habis pantang nak ajak Mr Hubby g shopping and makan-makan di  luar... Lepas kan gian boley??
BB Cream Elianto
BB Cream Maybelline
BB Cream Silkygirl

mothercare sale| 4th - 27th March 2011



Bila Encik Suami beli barang Rania

Barang Rania
Semalam suruh hubby gi Tesco beli barang Rania since pampers Rania dah nak habis stock. Actually pampers Rania 1st time beli, kami beli Mamy Poko. Tapi hubby said Mamy Poko habis stock so dia beli PetPet. OK juga la Pet Pet... Murah pun murah.... First time hubby beli barang Rania, semua nya perfect... Ingat kan melencong ntah apa-apa barang nanti dia beli...

Bila hubby balik jer dari Tesco, terus tengok apa barang yang hubby beli.... 100% betul dan mengikut citarasa... So lepas nie boleh percaya la kalauu hubby gi beli barang dapur plak kan?? Perfecto Shayang!! Well done!!