Aug 6, 2015

Majlis Merisik

Salam semua... Salam petang Khamis.. :)
 
Hari nie terlebih rajin plus teringin nak share majlis merisik untuk adik bongsu Si Ifan. Dah plan lama nak pergi ke rumah Ain tapi masa tak mengizin kan. Mak dan abah pula asyik ke oversea sahaja. So alang-alang bulan raya tak habis lagi, kami terus la ke Taman Hijayu dekat Bandar Sri Sendayan. Seminggu sebelum pergi tu dah tempah Congo Bar dekat IG - Artisan_N_Co
Congo Bar siap pesan dekat Ain, nanti kami dating jangan lupa hidang tau.. sebab nak makan sangat. Buruk siku kan??
Okay skip pasal perbincangan diorang tentang merisik, bertunang, dan kahwin sebab tu orang-orang tua je yang berbincang.
Lepas bincang tu, mama ain masak banyak sangat siap ada mee hoon sup, mee goring, roti jala.. belum lagi dessert.. tak larat nak listing.
Bila dah nak balik tu mesti la ambil gambar sebagai kenangan kan?
Jom layan gambar kami...



Sekian sahaja kami bergambar pada hari tu..


May 3, 2015

Perfume Raya

Beli perfume raya untuk hubby dan anak-anak.... 

Cuti 1 May : The Everly Putrajaya Hotel

Actually untuk cuti panjang kali nie memang takde plan nak pergi mana-mana... Lepas balik kerja khamis hari tu saje je buka mulut jom tidur hotel.... Hubby kata jom... 

Tapi nak tidur mana?? Cepat-cepat buka Apps Agoda nk tengok hotel mana yang available... Cari Cyberview Lodge penuh lak... Pullman pun penuh... Cuba try The Everly Putrajaya Hotel tengok banyak kosong... Check harga junior suite with breakfast dapat RM289 termasuk tax bagai....

The kemas beg esok nya terus gerak dari rumah... Tak nak cerita panjang, jom layan gambar bilik yg kami ambil Junior Suite








Mar 27, 2015

Aro Thai, Boat Noodle Cyberjaya

Dari semalam dok bercerita dekat colleagues pasal boat noodles ada kat Cyberjaya. Since belom gaji and last day working in Sony gigih ajak colleagues pergi lunch kat sana.

Lagi tambah rasa nak pergi sebab price semua makanan RM1.90 je setiap satu menu... best kan? Overall for me makanan sedap!

 
Layan gambar food yang kami order

 
Total 48 bowls kami makan. 6 cups minuman

 
Total bills... murah kan? Sebab satu bowl RM1.90 jer

 
Habis! Kasi licin!

Friso : Rewards Programme Closure


Nak share - Friso Rewards Programme will CLOSED this coming APRIL. So hurry up sent your barcode. Feeling unsatisfied sangat sebab tak de dah activity yang boleh join Friso. Kalau Friso buat roadshow pun semua jauh-jauh...

Selama nie gigih OKAY! kumpul barcode. Siap penah marah bibik jangan buang kotak Friso sesuka hati tanpa gunting barcode tue.

Dengan rasa kecewa, filled up form and submit bulan lepas. Harap barang yang dah redeem sampai dalam masa terdekat...

P/S No more cutting barcode after this... Boleh la buang box Friso sesuka hati.... Redeem barcode Friso dulu memang favourite saya... huhuhu...

Jan 8, 2015

Puree Apple untuk Adam

Semalam Adam dah 6 bulan. Time bawa Adam g check up kat An-Nur hari tu pun Dr Khairul pun ada bagitau dah boleh bagi Adam makan puree..
 
Dengar je Dr dah bagi green light, me cepat-cepat ajak hubby pergi Jaya Grocer beli buah untuk buat puree... Ni forst time buat puree untuk baby Adam.. Jom layan!
2 biji Apple Fuji

Kupas kulit dan buang biji - potong 8

Kukus macam nie... letak pinggan yg boleh kena panas..
Letak je apple atas pinggan. tak payah air tau. Air just letak kat bawah skali

Nah nie rupa apple yang dah empuk

Dah sejuk apple, baru boleh blend.
Blender beli kat IG seller jer. (Nnt me akk bagi nak IG dia OK)

cantik kan rupa bila dah blend... Nampak macam smoothie jer

Then bahagi-bahagikan masuk dalam bekas...
Bila nak makan, panaskan dalam microwave jer...