Apr 12, 2013

Daging rusa masak kicap berempah

Cubaan masak daging rusa masak kicap berempah guna perencah Maggi Daging Kicap Berempah. Hanya tambahkan cili hijau, cili merah dan bawang besar.

**Cubaan kali nie berjaya!!

Ritzari Kitchen

Salam semua... Kali nie saya nak share pasal Ritzari Kitchen. Kak Rose tuan empunya Ritzari Kitchen sms saya kata ada fast selling. So saya hanya dapat grab murtabak, mini pavlova and hokkaido cupcake.

Sangat puas hati. Hubby sangat suka mini pavlova. Nanti kena order lagi dengan kak rose.

Sesiapa yang minat nak buat tempahan dengan Ritzari Kitchen, sila tengok no tel and address kat picture bawah nie yer...


RITZARI KITCHEN
Murtabak


Pavlova


Hokkaido cupcake

Apr 7, 2013

Chicken stew

Bahan A:
- Isi ayam
- 2 tangkai daun sup
- 2 tangkai daun bawang
- 1 batang lobak merah
- 1 biji tomato
- 2 sudu makan minyak masak

Bahan B: (dibancuhkan)
- setengah cawan air
- 1 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 sudu teh minyak bijan
- garam secukup rasa

Bahan C: (dihiris)
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 biji cili merah

Cara Membuat:
1. Bersihkan isi ayam
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan semua sayur kecuali daun bawang dan daun sup.
5. Apabila layu, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan mendidih.
6. Tutup api kemudian taburkan daun sup dan daun bawang.





Lawan dengan telur dadar pun sodap...

Nasi Ayam













Mar 31, 2013

UNIQLO FREE Tumbler Giveaway

Redemption details: The first 500 customers will get an exclusive UNIQLO tumbler at UNIQLO Alamanda store opening.

With every RM200 nett spent in a single receipt at any of UNIQLO stores, you can also get this tumbler, while stocks last.

Redemption outlet: UNIQLO Alamanda

Redemption period: 5th April 2013

Mar 30, 2013

Kari Ikan

Masih ingat lagi tak, entri pasal 1 Hari 1 Resepi dari Chef Hanieliza?
Kali nie saya cuba resepi kari ikan.. kebetulan mertua saya kasi ikan fresh...
katanya ikan nie sedap buat kari. bila saya tanya ikan apa, mertua jawab ikan piranha... nk tny lebih tak berani sebab saya memang cetek ilmu dlm mengenal ikan... hubby pun tak kenal ikan apa yg mertua kasi... tapi rasanya sangat lemak...

Jadi, saya kongsikan resepi yang saya cuba dari buku 1 Hari 1 Resepi untuk kawan-kawan... Alhamdulillah, percubaan pertama saya masak kari ikan menjadi dan sedap.. bertambah2 saya dan hubby dilawan pulak dengan cencaluk + cili padi + bawang besar + limau kasturi.... berpeluh layan kari ku...


Bahan A
1 ekor ikan
5 sudu makan serbuk kari (bancuh dgn sedikit air)
2 biji terung bulat
3 biji cili hijau
2 biji tomato
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawah putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 sudu halba campur
3 tangkai daun kari

Cara Membuat;
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan yang dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan santan pekat. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan dan terung. Tambahkan air sedikit supaya santan tidak pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak.
6. Apabila mendidih, masukkan tomato dan garam. Biarkan pecah minyak sedikit lagi dan tambahkan cili hijau, kemudian tutup api.