Apr 20, 2011

Checkup - 2 month

Alhamdulillah Rania dah 2 bulan... Berat Rania terkini 4.25kg. Dah besar anak mama nie. Time nak pergi clinic, naik kereta diam je. Maybe Rania ingat nak gi jalan-jalan. Bila sampai klinik, still ok lagi. Bila nurse panggil untuk timbang pun still ok lagi... Bila masuk bilik doktor, meragam plak. Doktor pegang Rania marah... Aduiiihh!! jenuh pujuk Rania. Then masuk bilik lagi satu untuk ambil injection untuk baby 2 mnth. Time ni Rania menjerit bagai nak rak. satu klinik dengar. Semua pandang Rania menjerit. Sampai nenek yang ada kat farmasi pun leh dengar. Nyaring nye suara anak mama nie... Sampai rumah ingat nak buka tape n kapas yang ada kat paha Rania, boleh plak Rania sedar dari tidur. Then menjerit macam kat klinik... Alololo... sakit benor ker? Mak siap suh pi tuam kat tempat injection tue... Lepas tuam baru Rania ok... Manja nya Rania nie... 

dah siap mandi
ready nak gi clinic
//Cepat besar ye sayang//

Update!!

Wahh!!! Dah berabuk dah blog cahayahana nie. Hampir seminggu tak update blog. Maaf lah tak update blog  sebab ke'busy'an pindah rumah. Pindah dari Taman Langat Utama ke Kuarters KLIA. Alhamdulillah semua dah settle. Esok akan stay kat rumah baru. Hari Jumaat dah start keje balik. Mesti sunyi rumah mak kan sebab kami semua takde. Rifhan dah gelisah dah kami nak masuk rumah baru sebab dia rasa sunyi.

Hari Jumaat first time nak hantar Rania kat babysitter. Hati macam-macam rasa. Susah hati nak tinggal kan Rania kat orang lain.. Minta-minta Rania tak meragam. Currently, still BF Rania. So kene la hantar stock perahan susu kat umah Mama Ros (babysitter). Dah briefing babysitter pasal macam mana nak prepare susu Rania nie.. Problem skang Rania tak nak bottle. Dulu nak nape skang tak nak? Sampai nangis Rania sebab nak bagi dia practice pakai bottle. Tengok Rania nangis, aku pun rasa macam nak nangis.

En. Suami yang settle semua. Mana tak nya, aku still dalam maternity leave. Itu pun jenuh memaksa buat itu ini. Lelaki kan.... semua kene kasi tau... dari pack barang sampai ke sewa lori... Aku letih membebel jerk... Sian En. Suami. huhuhu... MINTA AMPUN YE BY.

Apr 12, 2011

Babysitter

Image from Mr Google
Akhirnya!! Dapat juga cari babysitter untuk Nia. Husband minta tolong member dia. Semalam baru on call dengan dia. Nama babysitter Nia, Kak Ros. Dengar cite dia org Kuala. Tapi xtau Kuala apa? Kuala Lumpur? Kuala Pilah? Kuala Kangsar? huhuhu... tue la padah tanya tak habis. Lega satu problem aku. Minta-minta dia jaga Nia dengan elok... Yelahh ... skang kan macam-macam citer.. Janji nak jumpa Kak Ros hari Rabu nie... Saja nak jumpa untuk berkenalan.... Dia mesti nak tengok Nia kan? Rumah Kak Ros nie plak dekat jer dengan rumah yang kami akan duduk nie. Kami blok A. Kak Ros plak blok E.... Serious dekat. sebelah blok je babe!

Apr 6, 2011

Online Shopping: JJ Lens

power saya
Website Name: JJ Lens

Order lens nie dari Lina, Sg Long.
Lina yang tolong order nie dengan JJ-Lens..
Dah 2 kali order dengan JJ-Lens..
Memang puas hati.
Service Tip top! Meletoppp~~

Dulu beli satu tone jer...
Kali nie order 2 tone.. 
Bila try... cantek sangat!!
Puas hati beli...

Jom Minum Petang!!

Cream Puff!!
Cream Puff nie beli kat Bakery kat Saujana Impian... Deret Restoran Ummi... Sedap.... sedap... Moh kita makan !!

Tension Giler Hari Nie!!

Hari nie memang xde luck punyeee…. 1st thing pagi-pagi Rania merengek jerk… xtau nape… Hati dah risau pasal boss akan call jap lagi sebab mintak tolong check kerja staff. Try bawa Rania masuk bilik. Terus tidur plak dia…  Rupanya Rania nak air-cond..(ooo dah pandai yer). Confirm xleh gerak kemana-mana, sebab Rania memang tidur kat atas badan. So, tidur la sekali dengan Rania.

Dalam kul 9.30am, Rania bangun, then mandikan dia… Me pun mandi sekali lepas settle kan BF dia. Rania tidur balik… Lepas mandi, tetiba boss dah call Tanya pasal report tu. Kelam-kabut dibuatnye.. Budak tue dah la belum hanta apa-apa email kat aku, boss dah minta. Bila masa plak aku nak check kan. Bos dah gelabah sebab dia ada meeting dengan MD kul 12nn nie. Sementara tunggu email staff masuk, Ifan minta tolong bawa dia pergi kedai recycle kat kedai depan, dia nak clearkan kotak, botol yang ada kat umah nie. Then terus gi dobi untuk amik baju yang dry clean semalam. Sampai dobi, orang tue cakap lom siap. Terus rush gi kedai makan pak cik kamis untuk tapau lunch. Lepas tapau lunch terus balik rumah. Check email still xmasuk lagi report dia… lagi sejam je boss nak meeting… Dalam 10 minit, email masuk. Terus settlekan report untuk boss. Fuhhh! Nasib baik sempat k siap before 12nn… Legaaaa!!

Lepas settle report, kene pergi balik dobi untuk amik baju…. Lom siap lagi!!! Lembab giler!! Sementara tunggu dia siapkan,aku gi la boutique kat Kajang… Saja nak cari baju. Nak penuh kan almari… Saja nak buat laki aku bising lagi.. hehehe…. Lepas gi Boutique, patah balik ke dobi…. HAAIII!!! XSIAP LAGI SIOT!!! Lain kali jangan janji!! Naik kereta, pergi  cari bakery kat area Saujana Impian. Nasib baik bukak bakery… Beli ice blended untuk Ifan. Garlic Bread untuk abah… boleh abah buat breakfast tuk sok pagi kan.. Aku? Beli Marble Cheesecake n Cream Puff… OK laaaa… Sedap… Tapi Marble Cheesecake dia lebih mahal dari Secret Recepi… Lepas tue gi balik kedai dobi, sampai sane still ngah iron baju… Letih  dah nak gi balik- gi balik.. Aku wat keputusan tunggu je kat dobi tue… Last-last siap gak… TAK NAK DAH GI DOBI NANOWASH!!