Jan 17, 2011

Babylove Warehouse Sales

Time: 11:00AM – 7:00PM
Company: Babylove (M) Sdn Bhd
Sales: 20 Jan 2011 – 23 Jan 2011
Venue: 3K Inn Complex Subang Jaya (Jln ss13/1, behind A&W Subang, Selangor)

Jom Pergi!!

Jan 16, 2011

Sampel Benefiber Percuma Dah Sampai

Balik jer ke rumah parents tengok sampul surat dari NOVARTIS ada kat atas meja, apalagi terus buka tengok sample yang dah lama di request. Sudah agak lama rasanya request baru dapat, tu yang hampir lupa barang apakah agaknya dari Novartis nie.
Setiap sample akan dapat 2 paket kecil untuk cubaan.  Oh yer BeneFiber diperbuat dari sumber gluten, jadi mereka yang alah kepada gluten tidak dibenarkan ambil takut merbahaya kepada diri.
Lengkap dengan penerangan ringkas akan produk BeneFiber nie. Design pun cantik dan menarik.
Dapatkan sample anda sekarang, rasa dan alaminya sendiri. Lepas tu baru dapatkan di pasaran. Produk yang baik untuk membekalkan fiber dalam makanan serta minuman harian anda. Kanak-kanak yang sering alami masalah buang air besar juga sesuai, yang pasti mereka tak tahu pun BeneFiber dicampurkan dalam makanan atau minuman mereka. Untuk dapat kan free sample, (click sini)


2 sachet for free
Design dia cantek


Jan 15, 2011

Cuci Gambar Online

Pernah x cuci gambar online??
Atau terus ke kedai untuk cuci gambar??
Dulu memang slalu pergi kedai untuk cuci gambar di area KFC Kajang
Tapi di sebabkan bandar kajang tue selalu jam, cuba cari ini siatif lain utk cuci gambar
2 minggu lepas ada submit photo dekat web nie eoeonline. saja cuci gambar honeymoon kat china.
minggu lps terus dapat photo tue. quality mmg terbaik. service tiptop la..
price??  Harga hanya RM0.30 untuk 4R dan RM0.50 untuk 5R. Memang berbaloi!
Kalau beli lebih daripada RM35, no delivery charge! OK kan? Selalu dalam 3-4 (hari bekerja) dah boleh dapat.

Yang best nye website nie, dorang ada software sendiri. boleh dapat kan di laman web dorang.
Download free jer.. Semalam dah submit picture lagi. Picture g Indonesia plak!
Xsabar la nak tgk picture tue...


Jan 6, 2011

Yogyakarta Day 1

Yogyakarta - Solo - Semarang?? Itu destinasi kami tahun nie...
Kami bergerak dari LCCT ke Adisucipto airport Yogyakarta jam 8am pada 06/01/2011
Hotel pertama yang kami menginap ialah: Istana Batik Ratna
Kami menginap di sini selama 1 mlm
Hotel ini terletak di Jl. Pasar Kembang 29
Hotel yang penuh dengan ukiran kayu jati
Hotel ini termasuk breakfast package dia.
Breakfast dia biasa je, menu xbyk. Tapi still ok.
Pemandangan dari lobby
Bilik kami
Overall hotel nie memang best.
Lepas check in, kami jalan-jalan ke:
- Butik Batik: Harga mmg mahal, kami xbeli langsung la
- Kotagede: Bandar barangan silver. Harga mahal tapi seni mmg halus
- Kasongan Village: Tempat membuat kraftangan n ceramic
- Keraton: Istana yang boleh dikunjungi orang awam

Jan 1, 2011

Happy New Year!!

Dec 29, 2010

Adab Suami Ketika Isteri Hamil

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri dan jangan sesekali bersikap kejam  terhadap isteri.
3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa  berikut,
            "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" 

6. Suami hedaklah kerap mengerjakan solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.